
PASIR PUTEH: Kerajaan perpaduan memberi jaminan akan menarik pelaburan asing dan domestik ke Kelantan, jika gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) memenangi PRN Sabtu ini.
Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berkata, langkah itu antara tumpuan BN-PH, selain sektor pendidikan dan usaha mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan.
“Kita akan bawa lebih banyak pelabur asing datang ke Kelantan, seterusnya bagi peluang pekerjaan kepada anak-anak negeri. Kita tidak mahu anak Kelantan ramai yang menganggur, akhirnya mencari kerja di luar,” katanya semasa berucap dalam Himpunan Jentera dan Penyokong BN-PH Pasir Puteh di sini, malam tadi.