Hamzah timbang saman kerajaan atas dakwaan berkait rasuah RM15 juta

Hamzah timbang saman kerajaan atas dakwaan berkait rasuah RM15 juta

Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainudin berkata, beliau akan membuat pengumuman malam ini selepas menemui peguamnya.

GOMBAK:
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana mengaitkannya dengan kes rasuah RM15 juta membabitkan seorang ahli perniagaan.

Ketika berucap dalam ceramah di Taman Melawati malam tadi, bekas menteri dalam negeri itu menegaskan beliau tiada kaitan dengan kes itu.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, saya langsung tak ada kena-mengena dengan kes ini. Apakah patut saya saman kerajaan? Kalau saudara semua setuju, malam esok (hari ini) keluar beramai-ramai di Shah Alam, saya akan berjumpa dengan peguam saya dan umumkan apa yang kita akan lakukan kepada kerajaan menzalimi pemimpin kita.”

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.