Pengundi Jeram harap Pantai Remis jadi tarikan pelancong

Pengundi Jeram harap Pantai Remis jadi tarikan pelancong

Penduduk berkata kawasan itu perlu dinaik taraf bagi menarik kedatangan pelancong.

KUALA SELANGOR:
Pengundi di DUN Jeram berharap wakil rakyat mereka yang bakal dipilih nanti mampu mencungkil potensi Pantai Remis sebagai antara kawasan tarikan pelancong utama di Selangor.

Pantai yang terletak kira-kira 20km dari Kuala Selangor terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan dan restoran makanan laut, tetapi penduduk berkata banyak kemudahan perlu dinaik taraf.

Seorang penduduk Roslan Yusof berkata kemudahan di pantai itu kurang diselenggara dan tidak banyak aktiviti yang boleh menarik kedatangan pelancong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.