
JOHOR BAHRU: Sebanyak 294 pemilih di Parlimen Pulai dan 14 pengundi di DUN Simpang Jeram berusia lebih 100 tahun, berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurut daftar pemilih tambahan April 2023, daripada 294 orang di kawasan Parlimen itu, seramai 41 orang berusia 100 tahun manakala yang paling tua, iaitu 115 tahun, seramai tiga orang.
Di Simpang Jeram pula, terdapat dua orang berusia 109 tahun, pengundi tertua di kawasan DUN itu.