
PETALING JAYA: Azam Baki menafikan dakwaan bahawa tindakan SPRM memburu menantu bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, bagi membantu siasatan berhubung sebuah projek kerajaan, mempunyai kaitan dengan PRN.
Ketua pesuruhjaya SPRM itu berkata, mereka telah cuba menghubungi Adlan Berhan sejak beberapa bulan lepas tetapi “tidak berjaya”.
“Kita hubungi dia sejak Jun, sekarang sudah Ogos. Tiap kali pegawai saya telefon dia beri alasan (akan balik tetapi tak laksanakan). Jika kamu penyiasatnya, berapa lama kamu boleh tunggu?”