Badan kajian ramal ‘status quo’ pada PRN 12 Ogos

Badan kajian ramal ‘status quo’ pada PRN 12 Ogos

Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) juga menggaris kepentingan pengundi BN dan peralihan sokongan pengundi menentukan keputusan PRN.

PETALING JAYA:
Satu badan kajian meramal Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan kekal berkuasa di negeri yang diperintah sebelum ini menjelang PRN 12 Ogos.

Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) membentangkan dua senario iaitu corak pengundian kekal seperti berlaku pada PRU15 selain faktor keluar mengundi berkurang kepada 67%, termasuk pecahan pengundi BN kepada tiga kumpulan berasingan.

“Diunjurkan satu pertiga pengundi BN akan menyokong gabungan PH-BN, manakala satu pertiga akan mengundi PN dan selebihnya tidak mengundi,” kata badan itu.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.