PN ada konsensus calon MB Selangor, kata Azmin

PN ada konsensus calon MB Selangor, kata Azmin

Azmin Ali berkata nama calon menteri besar tidak boleh didedahkan kerana menghormati kuasa mutlak Sultan Selangor.

PETALING JAYA:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Azmin Ali berkata gabungan itu sudah mempunyai konsensus mengenai calon menteri besar negeri itu, namun enggan mendedahkan nama calon kerana menghormati kuasa mutlak Sultan Selangor.

“Saya percaya di kalangan pimpinan tertinggi PN sudah ada pemikiran siapa individu yang akan diberi tanggungjawab sebesar ini dan sudah pun ada konsensus.

“Namun kita telah ambil ketetapan untuk tak menamakan ‘poster boy’ kerana itu adalah kuasa mutlak sultan untuk melantik menteri besar,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.