
ALOR SETAR: Polis menerima empat laporan susulan dakwaan seorang Ahli Parlimen ketika kempen PRN di Sungai Petani Ahad lalu bahawa keselamatan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor terancam.
Ketua Polis Kedah, Fisol Salleh, berkata kenyataan itu dilihat sebagai suatu fitnah dan mengelirukan dengan niat mendatangkan khianat awam yang boleh menggugat ketenteraman awam dan negara.
“Polis mengenal pasti dan akan memanggil beberapa saksi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di IPK Kedah di Alor Setar.