
PETALING JAYA: Faiz Na’aman meletak jawatan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan keluar parti, kurang seminggu selepas mengkritik pemilihan calon untuk PRN Selangor.
“Adalah dengan berat hati keputusan besar tersebut terpaksa dibuat memandangkan saya antara 100 ahli dan orang muda terawal yang menyertai Bersatu ketika penubuhannya pada 2016,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, beliau tetap beristiqamah dan wala dengan kepimpinan parti selama tujuh tahun, walaupun sedar jarang diberikan peluang sebagai pemimpin pelapis, bahkan ketika Bersatu menjadi kerajaan persekutuan dari 2018 hingga 2021.