
AMPANG: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata syarikat semikonduktor, Infineon Technologies AG menyatakan kebimbangan terhadap kestabilan politik negara dan peningkatan apa yang digambarkan sebagai “golongan pelampau”.
Beliau berkata, wakil Infineon ada membangkitkan sama ada beliau yakin kerajaan perpaduan akan bertahan.
“Pertama adakah negara yakin akan stabil dan kerajaan perpaduan akan kekal? Saya kata Insya-Allah lima tahun tanpa gangguan (menjadi perdana menteri),” katanya dalam ceramah malam tadi.