Calon Cina Bersatu hanya ‘hiasan’, kata penganalisis

Calon Cina Bersatu hanya ‘hiasan’, kata penganalisis

James Chin dari Universiti Tasmania berkata, calon itu dipilih bertanding supaya parti itu boleh mendakwa PN berbilang kaum.

PETALING JAYA:
Bersatu tidak boleh mengharapkan sokongan tambahan daripada orang Cina hanya kerana ia meletakkan segelintir calon dalam PRN, kata penganalisis.

Pada hari pengundian Sabtu ini, sayap bersekutu Bersatu mempunyai 10 calon Cina dan enam calon India, termasuk seorang bekas ahli MCA, yang bertanding di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Goh Gaik Meng, bekas ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA yang kini calon Perikatan Nasional (PN) untuk kerusi Sekinchan di Selangor, memberitahu Malaysiakini beliau yakin boleh meraih undi daripada ahli MCA dengan mengambil kira latar belakangnya.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.