
PETALING JAYA: PAS tidak menganggap Umno musuh, apatah lagi mengkafirkan mereka, kata Mursyidul Amnya, Hashim Jasin selepas tular video membabitkan seorang warga emas.
Katanya, video didakwa ahlinya “mengkafirkan Umno” itu dipergunakan pihak tertentu untuk meraih undi ketika PRN.
Beliau menegaskan pendirian PAS berhubung isu “kafir-mengkafir” telah lama selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.