
JERLUN: Kerjasama Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) di bawah kerajaan perpaduan merupakan “model politik baharu” yang mampu merubah senario PRN enam negeri 12 Ogos.
Naib Presiden Amanah Adly Zahari berkata, kerjasama komprehensif dipamerkan gabungan itu pastinya menjadi titik tambah dalam pemilihan pemimpin di semua negeri terbabit berdasarkan pemerhatiannya sepanjang tempoh berkempen.
“Kerjasama antara PH dan BN merupakan model politik baharu. Kita yakin akan dapat keputusan yang jauh berbeza daripada PRU15 yang lalu,” katanya menurut Bernama.