
PETALING JAYA: Ketua DAP Selangor, Gobind Singh Deo menegaskan Pakatan Harapan (PH) membuktikan ia kerajaan negeri boleh dipercayai selepas berjaya mengharungi pandemik Covid-19.
Timbalan pengerusi PH itu berkata, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memfokuskan pemulihan ekonomi negeri dan membantu rakyatnya walaupun kerajaan persekutuan bertukar beberapa kali sejak lima tahun lalu.
“Semasa pandemik Covid-19, Selangor antara negeri yang membeli vaksin sendiri. Kenapa? Kerana kita tahu wabak itu boleh diselesaikan dengan vaksinasi,” kata Ahli Parlimen Damansara itu dalam ceramah di Sepang malam tadi.