
PETALING JAYA: Calon Perikatan Nasional Jeram Padang, S Surash nafi dakwaan menjadi ahli kongsi gelap seperti terkandung dalam satu video.
Menurut Harian Metro, beliau membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol pagi tadi kerana dakwaan memburukkan namanya.
Video berdurasi empat minit 12 saat yang tular mendakwa Surash mempunyai tatu disyaki ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap, selain sering memakai pakaian berjenama dan kereta mewah.