
PETALING JAYA: Memang berlaku “pergeseran” dengan bekas ahli PKR Rafie Abdul Malek, yang bertanding di DUN Ampangan sebagai calon bebas, kata Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata, keadaan itu berlaku kerana Rafie tidak menghormatinya selaku menteri besar dan pimpinan PH negeri.
Sekalipun begitu, Aminuddin tidak menafikan Rafie banyak membawa pembangunan dan perubahan di Ampangan sebagai Adun dan timbalan ketua cabang Seremban.