Peratusan keluar undi rendah di Selangor akan untungkan PN, kata pemimpin DAP

Peratusan keluar undi rendah di Selangor akan untungkan PN, kata pemimpin DAP

Perubahan demografi dan nada perkauman dalam kempen PN mungkin menyaksikan PH tersingkir jika peratusan keluar mengundi jatuh bawah 65%.

PETALING JAYA:
Pemimpin DAP mengingatkan akar umbinya bahawa “Gelombang Hijau” mungkin menggulingkan PH di Selangor jika peratusan keluar mengundi jatuh mendadak bawah angka 79% yang dicatatkan di negeri itu pada PRU15 November lepas.

Mereka berkata, dengan penambahan 2.97 juta pengundi baharu, komposisi kaum telah berubah, dengan 37 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan kini menunjukkan majoriti Melayu. Baki kerusi, 13 kawasan majoriti Cina manakala selebihnya enam kerusi campuran.

Sumber parti berkata, para pemimpin bimbang perubahan pesat dalam demografi kaum akan menyebabkan hampir mustahil untuk mengatasi kekalahan kepada PN pada pilihan raya akan datang.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.