Kenyataan ‘Umno parti Melayu terbaik’ oleh Khalid terpakai dalam PH-BN, kata penganalisis

Kenyataan ‘Umno parti Melayu terbaik’ oleh Khalid terpakai dalam PH-BN, kata penganalisis

Pemimpin Amanah itu sekadar membandingkan keupayaan komponen pakatan perpaduan untuk mewakili orang Melayu konservatif di luar bandar.

PETALING JAYA:
Dakwaan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad baru-baru ini bahawa Umno “benar-benar mewakili kepentingan orang Melayu” hanya bertujuan sebagai perbandingan antara parti dalam gabungan perpaduan, kata seorang penganalisis.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, kenyataan Khalid merujuk kepada keupayaan Umno untuk mewakili orang Melayu luar bandar yang konservatif, satu sifat yang tiada dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Dalam gabungan PH-BN, hanya Umno sahaja parti yang benar-benar Melayu, yang cita-cita dan program politiknya berteraskan nasionalisme Melayu. PKR berbilang kaum, walaupun diterajui Melayu, manakala Amanah ialah parti Islam yang progresif,” katanya.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.