
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook menyifatkan dakwaan terdapat rancangan menjatuhkan Chow Kon Yeow dalam pemilihan parti, jika Pakatan Harapan-Barisan Nasional memenangi PRN Pulau Pinang dan dilantik semula sebagai ketua menteri sebagai tidak sahih.
“Siapa punya plan (rancangan)? Saya sudah beri kenyataan secara terbuka bahawa pemilihan kita bagi calon ketua menteri bagi penggal ini ialah Kon Yeow yang perlu memenangi mandat sebagai Adun.
“Selepas kerajaan negeri dibentuk, Kon Yeow akan dilantik serta dinamakan sebagai ketua menteri dan kita akan pastikan sokongan kepada beliau berterusan sepanjang penggal depan.
“Ia adalah komitmen dan pendirian DAP, jadi jangan dengar dakwaan itu kerana tidak sahih. Mereka tidak mewakili pendirian DAP,” katanya menurut Harian Metro.