
PETALING JAYA: Calon PH DUN Subang Jaya Michelle Ng menggesa rakyat keluar beramai-ramai mengundi pada 12 Ogos, memandangkan jumlah undi pos yang dikeluarkan untuk kawasannya rendah.
Ng berkata, hanya 398 kertas undi pos dikeluarkan oleh SPR untuk PRN kali ini, iaitu hanya 30% daripada jumlah kertas undi yang dijangka bagi setiap DUN bawah Parlimen Subang, iaitu 1,425 kertas undi, mengikut PRU15.
“Jika ini (30% kertas undi pos) menggambarkan peratusan keluar mengundi pada 12 Ogos, kita akan hadapi bencana.
“Untuk PH kekalkan (Selangor), kita perlu peratusan keluar mengundi sekurang-kurangnya 65%. Keluarlah beramai-ramai (mengundi) dan sokong (PH),” katanya dalam video Instagram.