Dakwa PH, BN cuba sogok pengundi Morib, PAS lapor polis

Dakwa PH, BN cuba sogok pengundi Morib, PAS lapor polis

Program dianjurkan PH bertentangan dengan apa yang disebut oleh SPRM, kata PAS Kuala Langat.

(Gambar Utusan)
PETALING JAYA:
PAS Kuala Langat membuat laporan polis terhadap PH dan BN kerana dikatakan menganjurkan program berunsur sogokan serta memberikan sumbangan untuk memancing pengundi Morib bagi PRN.

Ketua penerangannya, Zulkifli Mohamad Harun berkata, ini termasuk jamuan makan dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Putra Kampung Sawah, bantuan kepada mangsa ribut yang berlaku dua bulan lepas, serta pemberian sumbangan barangan oleh BN ketika berkempen baru-baru ini.

“Laporan ini kami buat kerana program-program tersebut bertentangan dengan apa yang disebut oleh SPRM dan kami meminta pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.