
BUTTERWORTH: Pakatan Harapan-Barisan Nasional sudah “menguasai” 26 kerusi di Pulau Pinang dan dijangka terus mengekalkan negeri itu untuk penggal keempat, dakwa naib ketua PKR negeri, Goh Choon Aik.
“Berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai dari pihak ketiga dan maklum balas awam terhadap calon kita, 26 kerusi in sudah menjadi milik kita.
“Bagi pengundi atas pagar, janganlah keliru dan menyusahkan diri tidak mengundi politik arus perdana yang sudah memberi manfaat besar kepada Pulau Pinang,” katanya dalam Majlis Pelancaran Manifesto Perpaduan Pulau Pinang, di Butterworth Arena.