Kerajaan Kelantan teruskan bas percuma bawa mahasiswa balik undi

Kerajaan Kelantan teruskan bas percuma bawa mahasiswa balik undi

Ahmad Yakob berkata, perkhidmatan itu bertujuan membantu pelajar kurang berkemampuan pulang mengundi.

PETALING JAYA:
Kerajaan Kelantan meneruskan perkhidmatan bas percuma bagi membawa pelajar universiti pulang mengundi pada 12 Ogos ini, walaupun timbul kebimbangan seperti disuarakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob berkata perkhidmatan bas percuma itu tidak dibatalkan kerana kerajaan negeri sudah berjanji kepada rakyat dan ia bukan bertujuan membeli undi, sebaliknya tanggungjawab negeri bagi membantu pelajar kekurangan wang untuk pulang mengundi.

“Kita yang hanya menyediakan perkhidmatan bas percuma pun dikata mahu membeli undi sedangkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berhubung pemberian geran di Terengganu jelas mahu membeli undi, namun dikatakan sebaliknya,” katanya menurut Berita Harian selepas pelancaran program Perikatan Nasional “Kelantan Maju Rakyat Sejahtera” di Tanah Merah malam tadi.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.