
BUTTERWORTH: Lim Guan Eng hari ini memberikan jaminan bahawa semua penyokong DAP akan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada PRN Pulau Pinang.
“Saya harap BN dapat memberi jaminan bahawa semua penyokong mereka (juga) akan undi Pakatan Harapan. Jika ini dapat dilakukan, kita boleh capai tahap baharu yang mengagumkan.
“Kebolehpindahan undi hanya akan berjaya jika orang ramai keluar mengundi, jadi pastikan semua orang keluar mengundi,” katanya dalam ucapan pada pelancaran gabungan perpaduan Pulau Pinang di sini.