Ahli Parlimen PN tolak debat dengan Rafizi

Ahli Parlimen PN tolak debat dengan Rafizi

Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, beliau lebih terbuka untuk perbincangan mengenai isu ekonomi.

PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman menolak cabaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berdebat mengenai hal ehwal ekonomi.

Wakil rakyat PN itu menjawab Rafizi, yang juga menteri ekonomi, dengan berkata dirinya lebih terbuka untuk perbincangan berhubung isu ekonomi.

Katanya, lebih baik menghabiskan masa dan tenaga bekerja serta berkhidmat kepada rakyat untuk menyelesaikan pelbagai isu dihadapi mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.