Adik Nik Aziz gesa jangan sokong Nik Amar tak jadi isu di Kedah

Adik Nik Aziz gesa jangan sokong Nik Amar tak jadi isu di Kedah

Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahya berkata pengundi di Kedah tidak membangkitkan perkara itu.

JERAI:
Gesaan adik kepada Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa Naib Presiden Amar Abdullah menjadi punca anak kepada bekas mursyidul am PAS itu, Nik Mohammad Abduh, tidak menjadi calon tak menjadi isu di Kedah.

Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahya berkata pengundi di negeri itu tidak membangkitkan perkara itu.

“Di Kedah, dia (pengundi) akan tengok siapa calon Menteri Besar yang terbaik untuk memimpin Kedah, jadi apa yang berlaku di sekitar berkaitan dengan titik bengik soal politik ini saya kira tidak beri kesan kepada Kedah. Setakat saya berjalan dan hari ini kita buat beberapa siri perjumpaan, kita tidak dengar pun orang ajukan soalan ini,” katanya ketika ditemui di Gurun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.