
KEPALA BATAS: Calon Barisan Nasional (BN) Bertam, Reezal Merican Naina Merican berkata beliau dalam misi tebus semula kekalahan pada PRU15 November lalu, dengan menang pada PRN Pulau Pinang.
Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas dua penggal itu tumpas kepada calon Perikatan Nasional dari PAS, Siti Mastura Mohamad dengan majoriti 2,867 undi.
“Saya mahu menebus kembali kekalahan sejak lapan bulan lalu dengan merampas Bertam dan membawa kerusi ini kembali dalam penguasaan Umno dan BN,” katanya kepada FMT selepas menghadiri ceramah di Bertam.