
PETALING JAYA: Bekas presiden MCA Dr Chua Soi Lek menyifatkan keputusan partinya untuk tidak bertanding pada PRN 12 Ogos sebagai “sangat tragis”.
“Jika saya masih presiden MCA, saya akan malu,” kata Chua yang dipetik Sin Chew.
“Keadaan MCA sekarang amat menyedihkan. Kewujudannya adalah nominal sepenuhnya. Ramai ahli hanya cuba menggembirakan presiden parti. Jika pemimpin tertinggi MCA terus mengekalkan sikap ini, parti itu akan musnah.”