
PETALING JAYA: Calon PAS DUN Pasir Pekan Ahmad Yakob yang mempertahankan kerusi itu buat penggal ketujuh memberi bayangan ini mungkin kali terakhir beliau bertanding.
Menteri besar Kelantan itu berkata, sudah tiba masa untuk beliau memberi laluan kepada calon lain lebih muda selepas ini.
“Saya sudah masuk penggal ketujuh dan kalau langit pun ada tujuh lapis, cukuplah tu. Lepas ni insya-Allah dok doh (cukuplah), kita bagi kepada orang muda,” katanya selepas pencalonan DUN Pasir Pekan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Tumpat.