
BUTTERWORTH: Penyandang kerusi DUN Bagan Dalam Satees Muniandy mengumumkan keluar DAP dan mengesahkan akan bertanding atas tiket bebas pada PRN 12 Ogos ini.
Bagaimanapun, beliau berikrar akan menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk terus menerajui Pulau Pinang.
Pada masa sama beliau menegaskan tidak akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) sekiranya diberi mandat buat kali kedua menjadi Adun kawasan berkenaan.