
Ekoran perkongsian markah tersebut, ramai pengguna media sosial yang tampil memberi pendapat dan penilaian masing-masing terhadap penggunaan bahasa dalam siaran media itu.
Ada yang menyamakan penulisan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seperti pelajar sekolah menengah yang lemah selain menyindir pihak yang menyediakannya.
Ada juga mendakwa KBS menggunakan Google Translate kerana ayat-ayatnya kelihatan seperti diterjemah secara langsung dari bahasa Inggeris.
Manakala ada yang berkata walaupun KBS tidak melakukan tugas menyediakan siaran media dengan baik dan betul, Kementerian Pendidikan melakukan tugas mereka dengan baik, merujuk kepada penilaian bahasa yang dilakukan oleh guru tersebut termasuk penjelasan yang diberikan dalam pembetulan.

Selain isu bahasa, ada pihak yang mengecam fakta dalam siaran media itu juga salah.
Netizen menuding kesalahan itu dalam satu rangkaian Tweet yang dikongsi di laman sosial Twitternya.
