Lidah buaya rahsia kulit cantik

Lidah buaya rahsia kulit cantik

Ciri-ciri anti-alergi pada lidah buaya sangat efektif dalam menyembuhkan semua jenis masalah kulit seperti kegatalan dan kemerahan, benjolan, psoriasis dan sebagainya.

Kita tidak perlu pun belanja banyak untuk kekal cantik dan awet muda. Ini kerana alam semulajadi menawarkan kita dengan pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk kecantikan.

Salah satu daripadanya ialah lidah buaya yang amat membantu menyelesaikan permasalahan kulit. Lidah buaya kaya dengan pelbagai nutrisi seperti natrium palmat, sorbitol, gliserin dan sodium karbonat. Jadi sekadar disapu pada kulit pun sudah membawa pelbagai kebaikan dan keajaiban pada kulit wajah anda.

Namun, sebelum sapu, buatlah “patch test” atau ujian calitan supaya ia tidak sensitif atau menyebabkan sebarang alahan yang tidak diingini. Berikut ini adalah beberapa manfaat dari lidah buaya untuk kulit:

1. Cegah penuaan dan lembapkan kulit

Oleh kerana kandungan airnya tinggi, lidah buaya berupaya menghapus sel kulit mati, melembapkan kulit dari dalam, serta membuatkan kulit menjadi lebih kenyal. Jika anda selalu merungut kerana kulit kering, sapukan sahaja gel kulit buaya dan lihat perbezaannya.

2. Sembuhkan luka dan tangani jerawat

Anda kerap ada jerawat? Gunakan lidah buaya sebagai bahan rawatan. Kandungan giberelin dan auxins dalam lidah buaya boleh mengurangkan pertumbuhan jerawat pada kulit. Anda juga boleh mencubanya di bahagian belakang bahu jika berdepan masalah jerawat. Selain itu, lidah buaya juga mampu mengubati luka kecil dan luka bakar kerana sifat sejuknya.

3. Sembuhkan gangguan kulit

Kalau anda sering berdepan masalah kulit, simpanlah pokok lidah buaya. Sifat anti-alergi pada lidah buaya sangat efektif dalam menyembuhkan semua jenis masalah kulit seperti kegatalan dan kemerahan, benjolan, psoriasis dan sebagainya.

4. Cerahkan kulit

Apabila kulit bersih dan lembap, ia bukan sahaja menjadikannya sihat malah menjadikan kelihatan lebih berseri. Dengan rutin menyapu gel lidah buaya pada kulit wajah, ia dapat membuang sel kulit mati dan menambah sel kulit baru sekaligus mencerahkan warna kulit. Tak percaya, cubalah!

5. Kurangkan kesan regangan pada kulit

Lazimnya seseorang akan berdepan kesan regangan pada kulit atas beberapa sebab seperti kehamilan, penuaan atau pengurangan berat badan. Kesan tersebut pasti memberi rasa tidak selesa apatah lagi bagi wanita. Jangan risau, sapu sahaja lidah buaya kawasan kulit regang. Lama-kelamaan kesan tersebut akan hilang.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.