
Artis terkenal, Rihanna muncul dalam sebuah program bual bicara untuk mempromosi filem Ocean’s 8 yang dilakoninya bersama 8 lagi pelakon lain.
Tetapi penyanyi berusia 30 tahun itu dimalukan setelah pengacara memaparkan beberapa klip foto menunjukkan Rihanna meninggalkan restoran, bar atau kelab dengan gelas di tangannya.
Program Graham Norton Show menunjukkan gambar Rihanna yang ironinya menggunakan nama Bad Gal Riri di Instagram, berjalan keluar dari pelbagai lokasi, memegang gelas kaca alkohol yang diminum.

“Ia mungkin gambar saya membawa masuk gelas itu ke dalam kelab,” kata Rihanna merujuk kepada foto dia memegang kaca kristal penuh minuman.
Turut bersama Rihanna dalam program itu ialah Sandra Bullock, 53, Hellen Bonham Carter, 52, Sarah Paulson, 43, dan Cate Blanchett, 49 dan beberapa wanita lain.
Semua pelakon yang bersamanya ketika itu hanya mampu ketawa. Rihanna pula jelas tidak selesa selepas Graham terus menunjukkan gambar dia berjalan keluar dengan gelas di tangan.

“Saya bukan menuduh anda sebagai penjenayah tetapi cuma meminta penonton berjaga apabila bersama Rihanna,” katanya sambil menunjukkan gambar tersebut dalam laporan Daily Mail.
Montaj foto diteruskan dengan lebih banyak gambar Rihanna di pelbagai tempat dengan pelbagai jenis gelas di tangan.
“Dan kadang-kala anda tidak berminat untuk mencuri gelas wain sebaliknya botol itu,” kata Graham berjenaka menunjukkan gambar Rihanna meninggalkan sebuah restoran dengan botol wain.
Rihanna ketawa besar lalu berkata, “ibu saya akan melihatnya.”