Beg sarung kertas berjenama dijual pada RM239.90

Beg sarung kertas berjenama dijual pada RM239.90

Rekaan koleksi Charles & Keith yang hampir sama seperti beg kertas dikecam netizen.

Di Malaysia, kita hanya kecoh mengenai beg Birkin jenama Hermes, tetapi tahukah anda beg jenama Charles & Keith juga sedang viral di laman sosial?

Khabarnya, jenama Charles & Keith memperkenalkan koleksi beg baru tetapi rekaannya saling tak tumpah seperti beg kertas.

Beg Cut Out Handle Structured berwarna sama seperti kertas iaitu coklat muda ini sebenarnya diperbuat daripada ”polyethylene paper”.

Walaupun kelihatan biasa tetapi ia dijual pada harga RM239.90 seunit.

Ekoran itu ramai netizen tampil mempertikaikan rekaan dan menggelarnya beg kertas bungkusan makanan McDonalds atau beg beli-belah yang lazim digunakan di Barat.

Seorang pengguna Twitter dengan nama @ketengahketepi memuatnaik gambar beg tersebut yang menerima lebih 16,000 retweet dan hampir 5,000 likes serta pelbagai respon mengenainya.

Antaranya, menyamakan beg tersebut dengan beg yang diberikan apabila membeli kek waffle dan ayam goreng.

Tidak ketinggalan ada yang mempersoal jika beg tersebut sekadar fesyen material atau boleh digunakan untuk menyimpan barang.

Seorang netizen pula berkongsi maklumat mengenai saiz beg tersebut yang berukuran 250mm lebar dan 375mm tinggi.

Manakala dalam satu respons balas, Charles & Keith menyatakan beg tersebut direka bersempena Earth Hour yang disambut setiap tahun.

Beg tersebut juga dikatakan paling laris dijual.

Sebelum ini pelbagai jenama terkenal tampil dengan rekaan beg yang pelik dan kelakar. Misalnya jenama Balenciaga yang pernah dipersoal kerana rekaan beg biru Tesco dan beg plastik cadar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.