Azwan Ali tetap agih rendang percuma walaupun kalah

Azwan Ali tetap agih rendang percuma walaupun kalah

Walaupun kalah dengan hanya meraih 90 undi berbanding abang kandung sendiri, Azmin Ali yang memperoleh 30,892 undi, Azwan tetap ada berita baik untuk pengundi di DUN Bukit Antarabangsa.

Free Malaysia Today
Gambar Youtube

Menang kalah adat permainan, mungkin itulah pengajaran yang diambil oleh Diva AA atau Azwan Ali selepas tersungkur dalam pertarungan pilihanraya semalam.

Ini kerana walaupun kalah dengan hanya menerima 90 undi berbanding lawannya, abang kandung sendiri yang juga bekas menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang memperoleh 30,892 undi, Azwan tetap ada berita baik untuk pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

“Saya melakukan yang terbaik untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kali ini dan saya menghormati keputusan yang diambil pengundi,” katanya kepada mStar Online semalam.

“Apa yang penting ialah PRU14 berlangsung dengan baik dan penuh berwarna-warni. Lebih penting, Diva AA akan terus berpegang kepada janji menyediakan rendang percuma,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan dengan lanjut tempat dan masa rendang tersebut akan diagihkan.

Semalam, Azwan juga menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mendapati mereka tersilap melabel kotak undi.

Katanya, SPR melabel oren dengan DUN dan kuning untuk Parlimen yang mana salah.

“Saya seorang yang sangat profesional. Walaupun tidak pernah bekerja dengan SPR, saya tahu warna oren itu untuk Parlimen dan kuning untuk DUN.

“Pegawai yang lain sedar mereka lakukan kesilapan.

“SPR, wake up wake up wake up…” katanya dalam satu klip rakaman di pusat pengundian Sekolah Rendah Kebangsaan Klang Gate Baru, Setapak.

https://www.instagram.com/p/BikF68gDn5t/?hl=en&tagged=divaaa

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.