
Malaysia dan makanan macam jodoh. Pergi mana-mana pun makanan mesti wajib tersedia. Kalau ”meeting;’ dalam 5 orang pun, paling kurang, kena ada karipap dan teh tarik. Itulah Malaysia!
Bayangkan bila kita sambut pilihan raya yang datang hanya 5 tahun sekali. Makanan memang disediakan sewaktu ceramah atau kempen, tetapi pada hari mengundi pun sebenarnya anda boleh makan free.
FMT Ohsem berjaya mengumpul beberapa restoran dan kafe yang menawarkan makanan percuma khas untuk pengundi. Ingat, yang mengundi sahaja tau, jadi tunjuk jari berdakwat dan tuntut makanan anda!
Epic Fit Meals Co meraikan para pengundi dengan menawarkan burger daripada pilihan Chicky Chummy, Fish Chummy, Beefy Chummy dan Peri Chummy yang bernilai RM16.85 secara percuma, terhad di 3 premis iaitu Damansara Perdana, Bandar Sunway dan Mont Kiara, dari 11.00 pagi hingga 10.30 malam. Satu burger untuk seorang sahaja ya!
Rangkaian mi, Meet Mee juga akan menawarkan pan mi percuma di 3 cawangannya di Desa Setapak, Danau Kota dan Sungai Long kepada para pengundi pada 9 Mei nanti.
Restoran Eng Chun Bak Kut Teh pula menawarkan 500 set bak kut teh (tidak halal) dan nasi putih yang bernilai keseluruhan RM5,500 di 2 kedainya di Taman Berkeley dan Taman Sentosa, Klang.
Bertandanglah ke salah satu restoran Kumpulan BIG: Plan b (Publika, Mid Valley, Ipoh), Ben’s (Pavilion, KLCC, Gardens, Publika, BSC), or BGFS (Batai, GLO, Publika) untuk nikmati makanan Malaysia percuma iaitu nasi lemak dan teh tarik.
D’Legends Bar di Taman Tun Dr Ismail pula menyediakan minuman percuma untuk anda yang menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia.
Dahlah panas, kena beratus panjang… ada yang kena balik kerja pada hari sama, jadi jom makan dan minum sebelum anda meneruskan perjalanan.
Seterusnya CafeRacer15 pula akan menawarkan kopi hitam atau teh hijau percuma bagi tempoh makan tengah hari iaitu 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang bagi mereka yang menempah makanan kegemaran Taiwan, lu you fan, tamagoyaki don dan mi siam.
Crown Bakery & Cafe Lintas Square menyediakan minuman percuma daripada pilihan teh hijau melur, teh hijau buah markisa, teh ais plum, teh kundur dan air minuman lemon ais, terhad untuk 100 cawan sementara stok masih ada.
Nampaknya anda kena cepat-cepatlah buang undi supaya dapat menikmati tawaran makanan dan minuman percuma yang terhad di restoran dan kafe tertentu ini!
Hall of Fame Sports Bar atau HOF menawarkan 20% diskaun bagi semua bil makan malam pada 9 Mei kepada anda yang mengundi selain menawarkan siaran keputusan pilihan raya secara langsung.
Kedai roti Breadsman di Premier 101 dan Dewan Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching akan menyediakan mufin percuma sementara stok masih ada pada hari mengundi.
Bar LYE110 di Taman Tun Dr Ismail bagi briyani percuma bagi tempoh 6 petang hingga 8 malam kepada para pengundi pada 9 Mei ini. Pastikan dakwat tidak dibersihkan. Simpan baik-baik sehingga dapat makan briyani percuma.
7 Spice Indian Cuisine di Johor Bahru juga menghidangkan briyani ayam dan kambing percuma kepada pengundi pada 9hb Mei ini. Jadi, jangan lepaskan peluang ini!
Buat masa ini, itu sahaja. Kalau ada lagi, kami akan tambah dalam artikel akan datang. Moga lebih banyak restoran dan kafe yang tampil meraikan “raya 5 tahun sekali” ini!