
Satu-satunya lagu mengundi yang kita kenangi menjelang musim mengundi ialah lagu nyanyian Mohd Hashim Shariff atau lebih dikenali sebagai Rocky Din, “Marilah mari, pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara.. mari mengundi…. lalalala lalalala..”.
Selepas itu memang ada beberapa lagu kempen turun mengundi, tetapi tidak sepopular lagu yang diterbitkan pada 1977 untuk pilihanraya 1978, lagu ciptaan Johari Salleh itu juga dirakam di Holland oleh pemain muzik Inggeris.
Terkini, syarikat rakaman Warner Music Malaysia (Warner) tampil dengan video kempen mengundi sebagai menyemarakkan lagi pilihanraya 2018, Rabu ini.
Warner dalam satu laporan di portal berita tempatan menyatakan ia adalah usaha syarikat itu memupuk kesedaran selain memeriahkan PRU14 dan melaksanakan tanggungjawab sosialnya (CSR).
Dua klip rakaman berjudul Undilah dan #DontVote diterbitkan oleh Warner.
Video “Undilah” menampilkan artis di bawah naungan Warner seperti Andi Bernadee, Dewi Seriestha, Bella Nazari dan Wan Shahjuddin.
Sebenarnya lagu yang dinyanyikan itu merupakan lagu kempen mengundi PRU pertama Tanah Melayu pada 1955.
Ketika itu ia dinyanyikan Datuk Zainal Alam Zainol Abidin dan Warner memilih untuk menghargai muzik zaman 50-an dengan membariskan penyanyi baharu untuk rakaman semula lagu itu.
Bagi video #DontVote, ia membawa mesej mengajak peminat keluar mengundi pada 9 Mei nanti dengan menggunakan clickbait dan strategi psikologi pembalikan apabila pegundi diminta supaya “tidak mengundi”.
Menariknya ia disertai artis seperti Marsha Milan, Yasin, Loque, Wings, Aizat Amdan, Maya Karin, Altimet dan Kaka Azraff.
FMT Ohsem juga berkongsi 3 lagu kempen mengundi yang pernah dipopularkan pada masa-masa tertentu musim pilihanraya. Antara yang paling signifikan ialah lagi mengundi pertama yang dikeluarkan sempena pilihanraya pertama Tanah Melayu pada 1955.
Muzium Mini SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=KuE-OYvvBpI&t=47s
Lagu kempen mengundi pilihanraya 1978
Lagu kempen pilihanraya 2013 lirik, oleh Datuk Mohd Ashraf Abdullah dan nyanyian, Shiha,Tomok, Ayu dan Black.