Parodi PRU14 yang wajib anda tonton

Parodi PRU14 yang wajib anda tonton

Bukan sahaja kempen dan ceramah mewarnai musim PRU14 tetapi juga video parodi!

Bercakap mengenai video propaganda sempena pilihanraya, ada 2 klip yang tidak dapat dilupakan, “Beribu-ribu Tahniah” serta “Love is In The Air”.

Tidak ketinggalan juga video parodi dihasilkan selepas itu yang menerima tumpuan luas, semuanya kerana laman sosial.

Walaupun ada yang bersifat terlampau menyindir, ada yang bersifat kelakar dan penuh dengan humor bijak.

Sempena pilihanraya umum ke-14, ramai tampil dengan video parodi, sekali lagi menyemarakkan pertarungan “parti” untuk menentukan kerajaan pemerintah yang berlangsung setiap 5 tahun ini.

FMT Ohsem memuatnaik beberapa video untuk tontonan anda:
Selamat menonton!

1. Video troll bertajuk Putrajaya ini dimuatnaik di Youtube Raja Petra Bin Raja Kamarudin pada 21 Mac lalu. Ditonton lebih 11,000 kali, bertujuan menyindir impian Mukhriz Mahathir dari Alor Setar cuba menawan Putrajaya. Selebihnya, saksikan sendiri!

2. Ini susulan Who Wants To Be A Millionaire Bahagian 1 yang diterbitkan pada 2015. Kena tonton kedua-dua video kalau mahu benar-benar faham konteksnya. Who Wants To Be A Millionaire Bahagian 2 ini juga membawa konsep parodi lawak menggunakan konsep kuiz. Kedua-dua bahagian 1 dan 2 video ini dimuatnaik oleh pengguna Youtube, ShilleNide.

3. Tiada siapa yang boleh lupa frasa “kepala bapak kau!” ketika ceramah Perhimpunan Agung MCA pada hari Ahad, 5 November lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Frasa itu dijadikan parodi oleh seorang pengguna apabila dia memuatnaik video yang dimana kata-kata “kepala bapak kau” digunakan. Ia dimuatnaik oleh pengguna, Sang Merah dan disiarkan pada 27 November tahun lalu.

4. Mentang-mentang sekarang ini musim rancangan realiti, Asia’s Got Talent, pun digunakan sebagai platform parodi. Dimuatnaik oleh Official Dean Ahmad pada 17 Januari 2018, ia disunting seolah peserta menyampaikan lagu “Marilah mari… pergi mengundi” diselang-selikan dengan video sebenar reaksi juru AGT. Video itu bertajuk, “Inilah dia Wakil Malaysia yang menggemparkan juri dan penonton di Asia’s Got Talent..”.

5. Semua nak jadi PM, itulah intipati video parodi yang dimuatnaik dalam Youtube Baik Punya pada 25 Disember 2017. Video, “Saya mahu jadi PM pada PRU 14” membariskan beberapa pemimpin utama dari Pakatan Harapan yang kononnya bersaing untuk menjadi perdana menteri Malaysia. Suara latar dengan dialog menepati kehendak tajuk cuba diserasikan dengan dialog sebenar.

https://www.youtube.com/watch?v=0UhEtFIPpDA

Bonus:

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.