Berat bukan penentu gemuk, kurus

Berat bukan penentu gemuk, kurus

Lazimnya mereka yang aktif bersenam memiliki berat badan yang lebih dari biasa tetapi tubuh yang lebih langsing atau fit.

Umumnya, pemahaman kita terhadap berat badan ialah kurangnya berat, lebih kurus tubuh dan lebih banyak berat, maka lebih besar saiz. Ia mungkin benar tetapi tidak semestinya tepat. Setiap orang mempunyai struktur tubuh yang berbeza selain kadar metabolisme yang khusus dalam menetapkan berat dan saiz ideal. Oleh itu berat tidak semestinya kena-mengena dengan saiz rupa seseorang.

Dalam hal ini, apa yang penting ialah tahap kecergasan, kemampuan tubuh dan bentuk badan yang sihat dan fit (bukan kurus atau gemuk).

Maka, jika selama ini anda hanya fokus kepada kesihatan dengan merujuk kepada berat, ubah pemahaman itu.

Lazimnya, mereka yang melakukan senaman ekstrem memiliki berat badan yang lebih dari biasa tetapi tubuh lebih langsing atau fit.

FMT Ohsem memetik beberapa portal dan blog kesihatan yang mendedahkan faktor mengenai berat badan dan saiz yang tidak semestinya berhubung-kait.

1. Otot lebih berat dari lemak
Ia mungkin berbunyi klise tetapi benar. Satu segmen otot mempunyai berat yang lebih daripada lemak daripada sama saiz. Anda mungkin sedang mengurangkan berat badan dan membentuk tubuh yang lebih langsing tetapi berat badan pula bertambah daripada waktu anda bersaiz lebih besar dan sebelum bersenam.

2. Berat badan bukan pengukur bagi kesihatan
Berat yang anda lihat pada mesin penimbang tidak semestinya mencerminkan tahap kesihatan anda. Seseorang yang 5 atau 10 kg lebih daripada berat mungkin lebih sihat daripada seseorang yang mempunyai berat ideal.

3. Genetik
Anda mungkin mewarisi genetik tertentu daripada mana-mana aliran keluarga yang menyebabkan berat badan bertambah mengikut usia walaupun saiz kekal sama atau sebaliknya. Perkara seperti ini amat subjektif. Dalam hal seperti ini, fokus hanya kepada kesihatan, diet dan gaya hidup sihat. Selagi perkara tersebut dikawal rapi, kenaikan berat tidak akan menjadi isu.

4. Penyakit
Penyakit boleh menyebabkan kita kehilangan berat tetapi badan menggeleber. Kita kekal kelihatan sama (saiz besar) walaupun kehilangan berat kerana ia tidak disokong oleh penegangan kulit dan otot. Perkara seperti ini boleh dilihat di sekitar perut, lenggan dan paha apabila kulit di bahagian lebih lembik dan geleber ekoran penurunan berat yang tidak sihat. Lakukan senaman!

5. Diet tinggi sodium
Jika anda mengamalkan pemakanan yang tinggi sodium atau garam, ia boleh mengakibatkan pengawalan air dalm tubuh dan meningkatkan berat badan. Ia berlaku kerana kandungan air yang banyak dalam badan akibat pengambilan makanan bergaram berlebihan. Anda mungkin kurus tetapi berat kerana kandungan air.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.