
Berita seorang angkawasan mendakwa terserempak dengan objek dan makhluk asing dinafikan walaupun ujian pengesan penipuan mengesahkan dia bercakap benar.
Angkasawan, Buzz Aldrin yang merupakan orang ke-2 berjalan di bulan dalam ekspedisi pada 1969 mendakwa melihat sebuah objek tidak dikenali (UFO).
Menurut penyelidikan Institut Biologi BioAcoustic di Ohio analisis rakaman suara angkasawan NASA itu menunjukkan dia tidak menipu dan sangat yakin dengan tuntutan itu.
Namun, jurucakap NASA Stephanie Schierholz pula pasti ia bukan makhluk asing sebaliknya panel yang dipisahkan dari kapal angkasa dalam penerbangan.
“Empat panel yang terpisah mempunyai momentum yang sama seperti kapal angkasa yang tinggal dan akan turut sama sepanjang perjalanan bulan secara umumnya,” katanya.
“Ia juga boleh jadi roket yang dipisahkan dari kapal. Ia bukan objek asing atau makhluk asing,” kata Aldrin dalam satu posting di Reddit pada 2015.
Bagaimanapun mereka terpaksa kekal dengan penggunaan terma “tidak dikenali” yang mengaitkannya kepada UFO dan makhluk asing atau ”alien”.
Laporan Daily Star menyatakan Aldrin mengakui melihat sesuatu berbentuk L ketika ke bulan dan perkara itu dikukuhkan lagi oleh seorang lagi angkasawan, Edgar Mitchell yang turut mendakwa melihat sesuatu.
Pengesahan terhadap dakwaan angkasawan dipersoal kerana institut itu dikatakan tidak pernah membuktikan jika penggunaan rakaman suara cukup baik untuk mengesan seseorang menipu atau tidak.