Video petugas stadium di AS menari jadi viral

Video petugas stadium di AS menari jadi viral

Petugas itu mengejutkan orang ramai dengan tarian lompatan menerbalikkan badan dan beberapa pergerakan hip-hop yang mengagumkan.

Satu rakaman video seorang petugas tempat duduk di stadium menari ketika bertugas menerima respons luar jangkaan di laman sosial.

Dia sedang bertugas pada perlawanan bola keranjang di sebuah stadium di Houston, Amerika Syarikat namun memaksa dirinya untuk menari apabila kamera tari (dance cam) ketika sesi rehat pertandingan dituju kepadanya.

Lelaki muda yang memakai jaket merah dan berkemeja putih dengan tali leher hitam pada awalnya tidak mengambil bahagian mungkin atas alasan sedang bertugas tetapi memandangkan kamera itu enggan berganjak darinya, dia mengambil keputusan menunjukkan kehebatan.

Menariknya, pergerakan bagi lagu nyanyian Jay-Z dan Kanye West itu mendapat perhatian pengunjung di mana kamera itu kembali lagi kepadanya selepas beberapa saat.

Petugas itu mengejutkan orang ramai dengan gerakan tari kali ke-2 apabila membuat lompatan menerbalikkan badan dan beberapa pergerakan hip-hop yang mengagumkan.

Perkara itu menerima reaksi positif termasuk daripada seorang lelaki yang duduk di kerusi berdekatannya yang tampil memberi ”high-five” selain 2 kanak-kanak yang duduk di kerusi hadapan melopongkan mulut tanda terkejut.

Kamera itu sekali lagi kembali kepadanya untuk tarian terakhir.

Seluruh klip tersebut kemudian dikongsi di laman sosial pasukan bola keranjang Houston Rockets yang kemudiannya dikongsi secara meluas selain ribuan komen yang membanjiri laman tersebut.

Netizen juga turut mahukan rancangan televisyen popular, The Ellen Show, mengundang petugas itu supaya dia menerima pengiktirafan sepatutnya.

Tetapi ada juga komen yang menafikan lelaki itu adalah petugas stadium sebaliknya berkata ia rekaan semata-mata bagi mempopularkan jenama Houston Rockets.

https://www.facebook.com/C5News/videos/1835827116441758/

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.