Netizen ‘serang’ juri MasterChef UK selepas kritik resipi rendang ayam

Netizen ‘serang’ juri MasterChef UK selepas kritik resipi rendang ayam

Peserta MasterChef UK, Zaleha disingkirkan selepas 2 juri mengkritik ayam rendangnya tidak ranggup dan garing.

Rakyat Malaysia menyerbu akaun Youtube MasterChef UK semalam selepas salah seorang juri pertandingan itu menyingkirkan peserta Malaysia kerana rendang ayamnya tidak ranggup dan kulitnya tidak garing.

Juri, Chef John Torode mengkritik masakan peserta Malaysia yang kini menetap di Bristol, UK, Zaliha Kadir Olpin kerana tersalah pilih menu untuk pertandingan itu.

Free Malaysia Today
Gambar Twitter.

“Ia sangat istimewa. Tetapi kulit ayam tidak rangup, ianya tidak boleh dimakan,” katanya yang turut diakui oleh seorang lagi juri, Gregg Wallace.

Zaleha disingkirkan daripada pusingan itu ekoran keputusan kedua-dua juri itu namun, ia tidak tamat di situ sahaja.

Siri ke-14, episod ke-13 rancangan tersebut seolah-olah menerima episod dramatik tambahan apabila keputusan dan komen juri dikecam rakyat Malaysia yang berpendapat John dan Gregg tidak cukup pengetahuan mengenai makanan tradisional Malaysia, yakni rendang ayam.

Sehinggakan, tinjauan FMT Ohsem ke laman Youtube Masterchef UK yang dikendalikan oleh No Limitation mendapati ia menutup ruang komen diikuti memadam terus video bagi episod berkenaan.

Bagaimanapun kritikan tidak tamat di situ, John membawa isu itu ke laman Twitter dan mempersoal keghairahan rakyat Malaysia dengan menyindir rendang ayam mungkin makanan tradisional Indonesia.

Free Malaysia Today
Gambar Twitter.

Namun di penghujung komen, John mengucapkan “Namaste”, ucapan “selamat” yang digunakan di India.

Dia kembali menjadi bahan kutukan apabila netizen sekali lagi menyerangnya kerana masih tidak memahami tradisi dan budaya serta mencampur-aduknya dan enggan mengaku salah atau belajar membetulkan kesilapan.

Free Malaysia Today
Gambar Instagram.

Dalam episod yang disiarkan oleh BBC pada 25 Mac lalu, Zaleha memilih juadah nasi lemak bersama rendang ayam dan sambal udang.

Bekas akauntan Petronas berusia 48 tahun ini dalam muat naik di Instagramnya berkata beliau akan terus memasak makanan kegemaran rakyat Malaysia ini dengan cara tradisional dan tidak akan diubahsuai untuk citarasa luar.

https://www.youtube.com/watch?v=xyY232hz4Fs

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.