Selebriti Indonesia pula dipersoal jantina

Selebriti Indonesia pula dipersoal jantina

Jantina Lucinta dipersoal ekoran pendedahan beberapa orang yang mengakui rakannya berkongsi gambar dan video ketika dia masih lelaki.

Free Malaysia Today
Lucinta Luna kini didakwa bukan wanita asli.

Jantina sebenar seorang selebriti dari Indonesia kini dipersoal netizen termasuk peminatnya.

Menurut laporan agensi, penyanyi dangdut, Lucinta Luna yang sering kelihatan berpakaian seksi dan mendedahkan diri bukan perempuan sebenar.

Sebaliknya, dia merupakan transgender yang menjalankan pembedahan penukaran jantina sebelum ini.

Lucinta yang sering dikaitkan dengan selebriti tempatan Indonesia hangat di laman sosial dan Internet ekoran pendedahan beberapa orang yang mengakui rakannya berkongsi gambar ketika dia masih lelaki.

Selain itu, pemilik akaun Instagram yang menggunakan nama, Melly Bradley juga memuat naik video menunjukkan seorang individu yang dipercayai Lucinta mengaku baru sahaja menjalani pembedahan menukar jantina.

Lucinta ternyata kecewa dengan semua serangan itu berkata terkejut dan hilang kata-kata apabila video berkenaan muncul.

“Berita saya menawarkan Rp1 bilion (RM284,103) kepada sesiapa yang berjaya membuktikan diri saya pondan juga bukan datang dari saya.

“Ada orang menggunakan nama saya dalam akaun laman sosial palsu untuk membuat fitnah,” katanya yang kecewa dengan perlakuan tersebut.

“Tiada satu patah perkataan pun keluar dari mulut saya.

“Media sosial mempunyai bermacam fitnah dan tolong jangan salah faham, saya tidak pernah mengadakan cerita seperti itu,” jelasnya.

Bagaimanpun, Lucinta terus berdiam diri dan tidak menafikan atau mengiyakan apa-apa dakwaan dan menyerahkan isu itu dikendalikan oleh pengurusnya.

“Tiada satu patah perkataan pun keluar dari mulut saya mengenai tawaran itu tetapi ia hanya ditulis oleh satu akaun media sosial palsu yang menyamar diri saya.

“Media sosial mempunyai bermacam fitnah dan tolong jangan salah faham, saya tidak pernah mengadakan cerita seperti itu,” jelasnya.

Dia juga enggan meminta maaf kepada mana-mana pihak berkenaan hal ini, kerana katanya tiada sesiapa yang terkesan dalam hal ini.

“Saya tidak pernah mengecewakan atau menyebabkan apa-apa kerugian, saya tidak pernah bersalah dengan sesiapa pun, jadi kenapa perlu saya minta maaf?

Lucinta berkata dirinya dan keluarganya yang disakiti dan berdepan kerugian akibat penyebaran berita ini.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.