Wanita Arab tuntut bercerai kerana suami minta upah jadi drebar

Wanita Arab tuntut bercerai kerana suami minta upah jadi drebar

Suami wanita itu meminta upah 500 dirham (RM530) setiap kali membawa isterinya keluar, mengakui bayaran itu sebagai tuntutan bagi masanya yang sepatutnya diluangkan bersama rakan-rakan.

Wanita-Arab
Wanita Arab semakin lantang dalam bersuara dan tidak lagi terikat dengan tradisi yang melarang mereka menamatkan sesuatu perkahwinan.
fmt-ohsem-inside-article1Kes perceraian di Arab nampaknya semakin unik dan pelik tetapi turut dipandang sebagai memberi keutamaan kepada keperluan wanita dan status mereka dalam masyarakat.

Menentang stigma sosial daripada terus terperangkap dalam perkahwinan yang “salah”, mereka kini dilihat lebih berani tampil membebaskan diri.

Terbaharu adalah perceraian melibatkan seorang suami yang memaksa si isteri membayar upah sebagai pemandu setiap kali dia membawa isterinya keluar menggunakan keretanya.

Kes yang difailkan di mahkamah Dubai, dilaporkan dalam akhbar tempatan negara itu, Al Bayan.

Menurutnya laporan itu, suami wanita itu meminta upah 500 dirham (RM530) setiap kali membawa isterinya keluar, mengakui bayaran itu sebagai tuntutan bagi masanya yang sepatutnya diluangkan bersama rakan-rakan.

“Suami saya tidak bekerja, tidak pernah kekal dalam satu pekerjaan lebih dari beberapa bulan. Dia bergantung sepenuhnya ke atas diri saya untuk hidup,” kata wanita itu membuat pengakuan di mahkamah.

Oleh kerana tidak mempunyai kenderaan (kereta) sendiri, dia terpaksa mengharapkan suami mengambilnya dari tempat kerja.

Namun sejak beberapa bulan yang lalu, setiap kali memandu, suaminya akan menuntut bayaran.

“Saya memang terkejut pada mulanya. Tetapi saya bayar sahaja kerana mengingatkan dia mungkin perlukan wang. Tetapi apabila perkara ini terus menjadi-jadi, saya kesal,” kata wanita itu lagi.

Susulan itu, dia mangambil keputusan untuk tidak menaiki kereta suaminya dan memfailkan perceraian kerana tidak boleh berkongsi hidup dengan lelaki seperti itu.

caption:
Wanita Arab semakin lantang dalam bersuara dan tidak lagi terikat dengan tradisi yang melarang mereka menamatkan sesuatu perkahwinan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.