Kucing ‘chimera’ punyai 2 warna selari di muka

Kucing ‘chimera’ punyai 2 warna selari di muka

'Chimera' dikesan pada pelbagai spesies lain termasuk manusia, cuma kita tidak menyedarinya dalam keadaan tertentu.

kucing_black1
Terdapat kucing dari jenis Chimera yang sama dikesan pada tahun 2012 bernama Venus.
fmt-ohsem-inside-article1Gambar seekor kucing viral di laman sosial selepas ia mempamerkan kelainan pada warna bulunya.

Ini kerana netizen cair hati dengan kecomelan si kucing yang mempunyai pembahagian warna kelabu dan hitam secara simetrikal di bahagian mukanya.

Kejadian pelik kucing berbulu pendek British dirakam pemiliknya di Perancis.

Punca sebenar di sebalik penampilan 2 warna pada wajah haiwan peliharaan itu tidak diketahui, tetapi kucing baka feline dengan rupa misteri ini dikenali sebagai kucing “chimera”.

Ia dipercayai berlaku hasil penggabungan 2 telur yang disenyawakan, atau 2 embrio awal di dalam rahim ibu.

kucing_black123
Kucing 2 warna pada wajah merupakan kelahiran unik.

Setiap sel 2 induk yang berasingan berkembang sebelum bergabung menyebabkan ciri fizikal haiwan tersebut ditetapkan terlebih dahulu.

Biarpun ia adalah kejadian yang jarang berlaku, “chimera” dikesan pada pelbagai spesies lain termasuk manusia, cuma kita tidak menyedari dalam keadaan tertentu.

Petanda tersebut mungkin sangat terpencil, minima atau kecil, misalnya tompok rambut yang berlainan warna.

kucing_black12
Raksasa mitologi Yunana, Chimera

Nama “chimera” berasal daripada seekor raksasa dalam cerita mitos Yunani yang terhasil daripada gabungan singa, kambing dan ular.

Sebelum ini kucing dengan penampilan sama, separuh perang dan separuh hitam dengan matanya juga tampil dalam 2 warna iaitu biru dan hijau dilapor ditemui di Amerika Syarikat.

Kucing bernama Venus yang juga terbelah warnanya di tengah-tangah wajah pernah dinobatkan kucing paling cantik dilahirkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.