Wanita simpan 14 cacing dalam mata

Wanita simpan 14 cacing dalam mata

Sebanyak 14 cacing 1.27cm spesis Thelazia gulosa, dikeluarkan dari mata wanita 26 tahun, dalam tempoh 20 hari sebelum gejala dialaminya hilang.

Thelazia-gulosa12

Cacing yang selama ini hanya dikesan pada haiwan kini turut dikesan pada manusia.

Dalam satu penemuan, seorang wanita dari Oregon, Amerika Syarikat didapati dijangkiti spesis cacing kecil pada bahagian mata kirinya selepas mengalami kerengsaan berterusan.

Menurut pegawai sains Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) (CDC), cacing seperti itu hanya dikesan pada lembu selepas disebarkan oleh lalat pemakan pelincir mata sebelum ini.

Thelazia-gulosa123

Pakar mata mengeluarkan 14 cacing 1.27cm spesis Thelazia gulosa, dari mata wanita berusia 26 tahun, dalam tempoh 20 hari sebelum gejala dialaminya hilang.

“Saya keluarkan 4 cacing semasa menggosok mata. Ia kelihatan berwarna lutsinar. Kerana takut cacing itu merebak ke otak atau menyebabkan jangkitan, saya bergegas ke hospital,” kata wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Abby, lapor Metro.uk.

Penyelidikan Jurnal Perubatan dan Kesihatan Tropika Amerika juga mendedahkan cacing spesis Thelazia itu ditemui pada lembu yang diternak di utara AS dan selatan Kanada.

Thelazia-gulosa1

Mereka juga berpendapat, jika cacing itu tidak dikesan dan dibiarkan, ia boleh menyebabkan parut pada kornea selain mengalami masalah penglihatan seperti buta untuk jangka masa panjang.

“Kes jangkitan parasit cacing pada mata jarang berlaku di AS dan kes membabitkan spesies Thelazia ini tidak pernah dilaporkan berlaku pada manusia dalam sejarah kesihatan,” kata ketua penyelidik, Richard Bradbury.

Setakat ini, hanya 2 spesis cacing yang dikenal pasti menjangkiti manusia dan Thelazia gulosa adalah spesis ke-3.

Kes jangkitan cacing seluruh dunia sebelum ini banyak dilaporkan di Eropah dan Asia terutama di kawasan terpencil berhampiran haiwan serta kawasan taraf hidup rendah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.