Dipenuhi najis, Boracay diancam tutup

Dipenuhi najis, Boracay diancam tutup

Pihak berkuasa akui wujud masalah pembetungan semakin teruk di pulau yang popular sebagai destinasi pantai pasir putih dan berair jernih itu.

boracay-
fmt-ohsem-inside-article1Kalau ada niat bercuti atau melancong ke kepulauan Boracay, tangguh dulu sehingga air pantai di pulau tersebut dibersihkan.

Pulau peranginan popular berkenaan dilapor terlalu kotor akibat perairannya dipenuhi najis.

Ekoran itu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengancam menutupnya jikalau pulau tersebut tidak dibersihkan pihak berwajib.

Duterte memberi tempoh masa 6 bulan kepada Setiausaha Alam Sekitar Roy Cimatu supaya menyelesaikan masalah itu.

“Sekiranya tidak, Duterte tidak teragak-agak menutupnya demi menjaga kesihatan dan keselamatan jutaan pelancong yang berkunjung,” petik laporan agensi.

“Saya akan menutup Boracay. Ia sudah menjadi penakung najis.

“Airnya terlalu busuk. Bau apa? Najis. Kerana semuanya dari Boracay,” katanya ketika forum perniagaan di kediamannya di Davao.

Dakwaan Duterte diterima pegawai jabatan pelancongan yang akui pwujud masalah pembetungan semakin teruk di pulau yang popular sebagai destinasi pantai pasir putih dan berair jernih itu.

“Boracay yang menjadi tumpuan pelancongan boleh hilang status sebagai pulau terindah dunia dan syurga pelancong jika pencemaran perairannya berterusan,” kata Setiausaha Pelancongan Wanda Teo pada satu kenyataan media.

Jurucakap jabatan, Ricky Alegre berkata kerja itu dilakukan beberapa premis di kepulauan tersebut di mana mereka melepaskan sisa kumbahan terus ke laut.

“Ada segelintir premis secara haram mengalihkan saluran kumbahan mereka.

“Daripada 150 premis perniagaan yang baru diperiksa pihak berkuasa kebelakangan ini, hanya 25 mempunyai saluran kumbahan sewajarnya,” katanya petik AFP.

Banyak premis dibina hampir dengan kawasan pantai, termasuk ada yang menceroboh ke atas jalan di sekitar pulau seluas 1,000 hektar itu.

Kepualauan yang terletak 190km ke selatan Manila itu menerima kira-kira 2 juta pelancong setiap tahun, menjana 56 bilion peso (RM4.3 bilion) keuntungan setahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.