Usahawan kosmetik dikecam jual baju Hello Kitty RM500,000

Usahawan kosmetik dikecam jual baju Hello Kitty RM500,000

Wanita itu terpaksa meletakkan harga semahal itu selepas dihujani mesej untuk mendapatkan baju Hello Kitty edisi terhad miliknya.

hello-kitty-baju
fmt-ohsem-inside-article1Bila ada “demand” atau permintaan sangat tinggi terhadap sesuatu barangan yang terhad, apa salahnya harga dinaikkan sedikit untuk seimbangkan permintaan dan penawaran.

Bukankah itu yang dipelajari dalam mata pelajaran makroekonomi dulu-dulu. Tetapi untuk menjual sepasang baju dengan harga RM500,000 atau setengah juta itu semacam melampaulah!

Apa agaknya yang difikirkan usahawan kosmetik ini…

Ingat lagi wanita bernama Yus Amina Mohd Zawizah, 27, yang popular di laman sosial selepas dia, suami dan anaknya memperagakan baju Hello Kitty pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas?

Ya, kisah baju Hello Kitty itu terus mendapat perhatian netizen yang turut menyampaikan hasrat untuk memilikinya.

Menurut satu posting papar rakam WhatsApp yang viral baru-baru ini, seorang individu menghubungi Yus menyampaikan hasrat untuk membeli baju Hello Kittynya.

Papar rakam itu memetik: “Berapa ‘dear’ jual? Saya berminat ‘dear’. Betul-betul berminat.”

Menariknya, Yus membalas dengan 2 mesej, “Kalau saya letak harga RM500,000 satu set baju Hello Kitty, macam mana setuju?”

Memanglah sesiapapun akan terkejut apabila mendengar tawaran harga baju Hello Kitty setengah juta, terang-terang melampau!

Tak taulah, kalau-kalau Yus kena bayar royalti kepada mana-mana pihak atau memang harga upah serta material yang digunakan mahal sehingga mencapai sedemikian, tetapi ia bukan sahaja mengejutkan netizen malah menyebabkan ramai yang “naik angin”.

Yus pula akui dia terpaksa meletakkan harga itu selepas dihujani dengan mesej mendapatkan baju Hello Kittynya itu.

“Memang saya letak harga RM500,000 untuk baju Hello Kitty yang pernah dipakai saya, suami dan anak perempuan, ada 3 helai semuanya.

“Ramai sangat yang tanya berapa harga, jadi senang cerita saya terus letak harga tu. Bagi saya, kalau mereka betul-betul peminat Hello Kitty dan mampu, mereka boleh beli dengan harga yang saya tawarkan tu,” katanya seperti yang dipetik mStar Online.

Perminataan itu katanya datang dari seorang wanita yang merupakan ahli perniagaan.

Yus juga berkata letih melayan mesej berhubung baju Hello Kitty sekali gus menyukarkannya membezakan pelanggan produk kecantikannya.

Walaupun Yus tidak pernah menetapkan harga untuk baju Hello Kittynya tetapi dia tampil dengan harga setengah juta ringgit kerana di menerima terlalu banyak permintaan.

“Baju Hello Kitty yang dibeli pada harga RM50,000 pun bukan saya yang tetapkan tetapi ia ditawarkan oleh pembelinya. Jadi, bila dah banyak sangat yang tanya, tak salah kali ini saya pula yang nak ‘demand’ (letak harga),” katanya.

Ekoran penetapan harga itu, Yus terus dikecam di laman sosial dengan komen negatif namun sudah dipadamkannya.

Ramai yang mempersoal signifikan di sebalik harga yang dikenakan serta mendakwa ia sekadar menggunakan kain cadar.

Yus pula membalas ia bukan kain cadar atau murah sebaliknya kain yang memang ditempah khas untuk membuat baju dan tak banyak jual kerana keluaranya ‘limited’.

Sebelum ini, selepas pertama kali gambar Yus dan anaknya berpakaian Hello Kitty viral, dia dihubungi seorang individu bergelar Datuk Z yang menawarkan harga ribuan ringgit untuk baju tersebut untuk anak perempuan dan cucunya yang menghidap kanser hati.

Kalau benar ada yang sanggup membeli baju tersebut dengan harga yang ditawarkan oleh Yus, seperti kata usahawan itu, mereka memang benar-benar “menggilai” Hello Kitty dan boleh masuk kategori peminat tegar.

Sedangkan pemilik hak cipta Hello Kitty, sebuah syarikat dari Jepun, Sanrio pun tidak menjual barangan imej kartun anak kucing pada harga semahal itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.