

Ini kerana hasil usaha seorang lelaki selama 3 setengah bulan mengubahsuai 2 kereta menjadi satu dengan 2 bahagian pemanduan, depan dan belakang umpama tidak berbaloi selepas dilarang memandu oleh pihak berkuasa.
Rony Gunawan, seorang pemilik syarikat teksi di Bandung, Gemah Ripah mengubah 2 buah kereta model Toyota Vios di bengkelnya menjadi satu, 2 enjin dan 2 fungsi tetapi dalam satu kenderaan.
Ia dilakukan selepas perniagaan perkhidmatan teksinya tidak begitu memberangsangkan ekoran kemunculan aplikasi perkongsian kenderaan dalam talian.
“Saya membayangkan idea itu, cara menyambung 2 kereta, tetapi saya juga perlukan bantuan untuk mencantumnya. Jadi saya meminta bantuan mekanik, untuk mengenal pasti caranya,” kata Rony.
“Pada awalnya mereka tidak berani kerana takut tidak mampu melakukannya. Saya beri peluang untuk berbincang,” tambah Rony.
Jelasnya, bahagian paling sukar ialah kerja penyambungan yang mengambil masa 2 bulan.
Tidak ketinggalan penambahan plat besi ketika penyambungan badan kereta serta siku besi yang ditambah pada bahagian bawah kereta.
Kereta itu ditempatkan di Jalan Babakan, Cibeureum, Bandung.
Menurut portal Kompas, kedua-dua fungsi bahagian pemanduan adalah seperti biasa, dan pemandu boleh pilih bahagian mana untuk dipandu.
Sebelum menggunakan sesuatu bahagian, pemandu kena kunci stereng yang satu lagi supaya tayar di bahagian bukan pemandu diluruskan.
Rony memandu kereta itu buat kali pertama di lebuh raya 2 minggu lalu.
Tambah laporan itu, pendaftaran kenderaan ini hanya selesai pada 12 Januari, tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila ditahan polis.
“Ia mudah, khususnya untuk parkir dan memandu keluar dari mana-mana bahagian,” katanya.