
Syarikat fesyen Perancis, On Aura Tout Vu dari Paris mengejutkan penonton dengan gaun atau dress pengantin yang kelihatan hampir bogel.Mungkin ia pendekatan yang diambil untuk memberi kejutan, juga menepati citarasa mereka yang menggelarkan diri sebagai “glamourpuss” dan “part-nudist”.
Dress yang dipamerkan di Minggu Fesyen Paris menjadi tarikan utama penonton selepas modelnya tampil diikuti beberapa orang lain yang “tersembunyi” di sebalik “veil” panjang yang meliputi sebahagian ruang belakang untuk memberi efek istimewa.
Dress itu rata-rata menggunakan kain renda (lace) bercorak satu warna iaitu putih kecuali bahagian depan yang sarat dihiasi batu seperti berlian dan kaca serta lenggannya ditenun dengan manik.Ia juga didatangkan dengan hiasan kepala berbulu yang mewah, yang digambarkan sebagai elemen estetik seperti dalam siri “Games of Thrones”.
Mungkin kita kena tunggu seseorang yang benar-benar berani memperagakan dress pengantin itu dengan menyedari mereka sebenarnya sedang berbogel.